Makluman
Image Banner

TERCIPTA SEJARAH BUAT SRIM, JOHAN PERTANDINGAN SENI KHAT IHTIFAL KAFA

IPOH, 21 Julai - Alhamdulillah, Allahuakbar! ๐ŸŒŸ Tahniah Ahmad Khalil, pelajar kelas 5 Al-Biruni dinobatkan Johan Pertandingan Seni Khat sempena Ihtifal KAFA Peringkat Zon Besar 3 Negeri Perak
yang telah berlangsung pada 19 Julai 2025 lalu di SRAR Attadrijiyyah Beruas, Manjung Perak.
Ini merupakan catatan sejarah kali pertama pelajar SRIM memasuki Pertandingan Seni Khat melangkah hingga ke peringkat ini.
Ahmad Khalil akan meneruskan perjuangan membawa nama SRIM dan Daerah Ipoh ke peringkat negeri yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 di Institut Tadbiran Islam perak (INTIM).
Syabas juga buat guru pembimbing Muallim Amin serta ibu ayah atas sokongan padu!
LAGI

๐Œ๐”๐Š๐‡๐€๐˜๐˜๐€๐Œ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Œ๐€๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐˜๐€๐™

๐Ÿ“ฃ ๐Œ๐”๐Š๐‡๐€๐˜๐˜๐€๐Œ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Œ๐€๐€๐‡๐€๐ƒ ๐ˆ๐Œ๐“๐ˆ๐˜๐€๐™
 
Tema : ู‚ุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰: ุงู„ุตุงุจุฑูˆู† ููŠ ุงู„ุจุฃุณุงุก ูˆุงู„ุถุฑุงุก ูˆุญูŠู† ุงู„ุจุฃุณ
 
๐Ÿ”บ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ, ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐Ÿ”บ
 
Alhamdulillah, program Mukhayyam Pelajar Maahad Imtiyaz telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan kesungguhan para peserta.
 
Pelbagai aktiviti lasak dan latihan lapangan telah dijalankan untuk menguji kecekalan serta kekuatan diri pelajar dalam suasana luar bilik darjah.
 
Bukan sekadar pengalaman, tetapi latihan kehidupan sebenar buat mereka sebagai bakal pemimpin ummah!
 
Hari pertama mukhayyam berlangsung di Maahad Imtiyaz manakala pada hari kedua berlangsung di Kem Briged Bakti Malaysia (BBM) Tapah, Perak.
 
๐ŸŒŸ Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pengiring dan urus setia yang menjayakan program ini!
 
๐™ƒ๐™๐™๐™๐˜ผ๐™• ๐™ˆ๐™๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ฟ๐™„๐˜ฟ ๐™ˆ๐˜ผ๐™‰๐˜ฟ๐™„๐™๐™„
 
JOM MASUK MIM!
LAGI

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—  ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—œ๐—›๐—ง๐—œ๐—™๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—”๐—™๐—” ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐Ÿฐ, ๐—œ๐—ฃ๐—ข๐—›!

IPOH, 19 Mei - Alhamdulillah, berita gembira dari medan Ihtifal KAFA Zon 4, Ipoh! Pertama kali dalam sejarah SRIM membuktikan keunggulan apabila diumumkan sebagai JOHAN KESELURUHAN untuk tahun ini!
Tahniah buat semua murid hebat, guru pembimbing yang komited serta ibu bapa yang sentiasa menyokong.
Antara pencapaian gemilang SRIM:
๐Ÿ†Johan Keseluruhan Zon
๐Ÿ†Johan Nasyid Lelaki โ€“ harmoni dan semangat yang luar biasa!
๐Ÿ†Johan Nasyid Perempuan โ€“ suara emas yang memukau!
๐Ÿ†Johan Khat Lelaki โ€“ seni tulisan yang memikat hati!
๐Ÿ†Johan Khat Perempuan โ€“ halus, kemas dan sangat mempesona!
๐ŸŽ–๏ธTempat Ketiga Hafazan Lelaki โ€“ hafalan mantap, penuh yakin!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
๐ŸŽ‰Muallim Asyraaf (Guru Penyelaras Ihtifal Zon 4 SRIM)
๐ŸŽ‰Muallim Amin (Guru Pembimbing Khat)
๐ŸŽ‰Muallim Usamah (Guru Pembimbing Nasyid)
๐ŸŽ‰Muallimah Afaf (Guru Pembimbing Bercerita)
๐ŸŽ‰Muallim Adib (Guru Pembimbing Hafazan)
Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus cemerlang dunia dan akhirat.
SRIM โ€“ Pusat Ilmu, Akhlak & Prestasi
Jom masuk SRIM
LAGI

MAAHAD IMTIYAZ TERIMA DUA ANUGERAH YANG DISAMPAIKAN OLEH SULTAN PERAK

IPOH, 26 OKTOBER - Maahad Imtiyaz telah berjaya menggondol Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 dan Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2024.

Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 telah dianugerahkan kepada Anas Mukhlis bin Ismad Shahril yang merupakan pelajar STAM Maahad Imtiyaz sesi 2023/2024.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seriย Sultanย Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhumย Sultanย Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Dalam majlis yang sama, Maahad Imtiyaz turut menerima Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).

Pengetua Maahad Imtiyaz, Ustaz Haji Zulkifli bin Ismail menyuarakan rasa syukur atas kejayaan yang telah diperolehi dan mengungkapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

"Saya tujukan sepenuhnya anugerah penghargaan pada hari ini kepada semua guru Maahad Imtiyaz yg gigih berusaha , berkorban dan bekerjasama serta pelajar dan ibubapa, semoga semua diberkati Allah" ujar beliau.

LAGI

MAAHAD IMTIYAZ LAKSANAKAN PROGRAM MUKHAYYAM KHARIJI DAN REHLAH UKHUWAH DI KEDAH

ULU KUANG, 22 OKTOBER - Maahad Imtiyaz telah menjayakan dua program serentak iaitu Program Kembara Sejarah dan Rehlah Minda dan program Mukhayyam Khariji: Perkhemahan Membina Jati Diri dan Ukhuwah Pelajar pada 18 hingga 20 Oktober 2024 di Kuala Muda, Kedah.

Program ini melibatkan peserta dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Program Kembara Sejarah dan Rehlah Minda dilaksanakan bagi memenuhi objektif  mengeratkan hubungan silaturrahim antara barisan pendidik dan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan bersama.

Seterusnya, program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sejarah Melayu di Sungai Batu, Kedah.

Program ini juga memberi peluang kepada pelajar menjalani rehlah minda di samping menghayati keindahan alam ciptaan Allah.

Program Mukhayyam Khariji: Perkhemahan Membina Jati Diri dan Ukhuwah Pelajar dilaksanakan di Kem Sayak Survivor Island Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah.

Program ini dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal pelajar dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti flying fox, wall climbing dan night walk yang dikelolakan oleh jurulatih.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan keterampilan dan disiplin dalam diri pelajar dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara pelajar.

LAGI

PELAJAR STAM MAAHAD IMTIYAZ KE UNIVERSITI AL AZHAR

IPOH, 7 OKTOBER - Tahniah diucapkan kepada tiga orang alumni Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Maahad Imtiyaz iaitu Zakuan Abu Bakar, Adam Taufiq dan Ammar Fuad yang telah berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian ke Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Zakuan Abu Bakar dan Adam Taufiq merupakan alumni pelajar STAM Maahad Imtiyaz sesi 2023/2024.

Manakala Ammar Fuad merupakan alumni pelajar STAM Maahad Imtiyaz sesi 2022/2023.
ย 
Semoga terus MUMTAZ UNTUK UMMAH.
LAGI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAAHAD IMTIYAZ

ULU KUANG, 28 OKTOBER - Majlis Anugerah Kecemerlangan Maahad Imtiyaz telah berlangsung pada 28 Oktober 2024 yang lalu di Maahad Imtiyaz.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Zulkifli bin Yahya mantan Ketua Jamaah Naziran Negeri Perak.

Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Tahfiz dan Anugerah Akademik.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesi 2023.

Majlis berakhir dengan penyampian Anugerah Khas. Semoga para pelajar Maahad Imtiyaz akan terus mumtaz untuk ummah.

 

LAGI

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 67

IPOH, 30 OGOS - Kemuncak bulan kemerdekaan kali ke 67 disambut meriah di institusi pendidikan Akademi Ikatan Muslimin (AIM).

Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Maahad Imtiyaz (MIM) diadakan di Ulu Kuang, Chemor dengan penuh semangat cintakan negara. 

Sambutan dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan diikuti dengan tazkirah kemerdekaan.

Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) melakukan perarakan kemerdekaan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Azizi atau lebih dikenali dengan Padang Polo.

Para pelajar dan guru turut membuat edaran 200 Jalur Gemilang kepada para pengungjung yang berada di sekitar kawasan itu.

Para pelajar Tadika Imtiyaz pula menyambut Hari Kemerdekaan dengan memakai pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang.

 

LAGI

PELAJAR MIM WAKIL PERAK DALAM KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH AGAMA MALAYSIA (KESUMA) ACARA PING PONG

IPOH, 23 OGOS -  Anak soleh ILYASA' BIN MOHAMMAD FHARID telah mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) dalam acara ping pong.

Beliau telah menjuarai dalam kumpulan. Namun terkandas di pusingan suku akhir perlawanan diantara Perak VS Kelantan.

Pihak Maahad Imtiyaz mengucapkan jutaan tahniah kepada anak soleh Ilyasa' atas kegigihan usaha tanpa mengenal erti putus asa sehingga ke peringkat ini.

Jutaan tahniah juga kepada guru pembimbing USTAZ RAJA MUHAMMAD AZREY BIN RAJA KAMARUDDIN kerana telah memberikan bimbingan, latihan dan sokongan yang tidak bertepi.

LAGI

SUKAN TAHUNAN MAAHAD IMTIYAZ KALI KE-9 2024

ULU KUANG, 22 JULAI - Telah berakhir Sukan Tahunan Maahad Imtiyaz kali ke 9 yang berlangsung pada 16 hingga 20 Julai 2024.

Rumah merah telah berjaya menjuarai sukan pada kali ini.

Tempat kedua dirangkul oleh Rumah Biru. Manakala Rumah Hijau mendapata tempat ketiga dan Rumah Kuning ditempat keempat.

Tahniah kepada para guru dan pelajar yang telah menjayakan sukan tahunan ini.

LAGI

PASUKAN BOLA SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ MARA KE PUSINGAN KEDUA MSSD KINTA UTARA 2024

IPOH, 25 JUN - Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) telah berjaya mara ke pusingan kedua dalam kejohanan Bola Sepak MSSD Kinta Utara 2024 yang akan berlangsung pada 26 Jun 2024.

Ini adalah sejarah yang bermakna buat SRIM sejak menyertai pertandingan ini pada 2017. Semangat para pelajar yang tidak mudah putus asa diiringi dengan ketekunan para muallim yang melatih mereka membuatkan pasukan bola sepak SRIM dipandang tinggi oleh pihak lawan.

Antara muallim yang terlibat melatih pelajar ialah Muallim  Amin, Muallim Usamah, Muallim Wahyu dan Muallim Adib.

Sesungguhnya setiap kejayaan yang dikecapi dikuatkan dengan pengharapan kepada Yang Maha Esa.

Pasukan bola sepak SRIM tetap menjalankan tanggungjawab untuk solat Zohor di dalam khemah di kawasan padang bola sepak semasa waktu rehat.

LAGI

SRIM BERAKSI DI PERLAWANAN BOLA JARING MSSD B12 KINTA UTARA

IPOH, 11 Jun - Pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah Imtiyaz kerana telah mendapat Tempat Ke - 4 di Peringkat Zon E (Daerah Kinta Utara) 2024 yang telah diadakan di SK Chepor, Chemor.

Terima Kasih juga tak terhingga diucapkan kepada barisan Jurulatih dan Pengurus Pasukan yang terdiri daripada Muallimah Jannah, Muallimah Azmilah dan Muallimah Hafizatul Afaf diatas usaha dan pengorbanan selama ini.

Terima kasih juga buat guru-guru yang terlibat dibelakang tabir. Juga tak dilupakan buat ibu bapa yang sentiasa menyokong penuh usaha anak anak sepanjang latihan dan perlawanan yang berlangsung.

ย 
LAGI

JEELUL IMTIYAZ NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID DAERAH IPOH

IPOH, 8 JUN - Jeelul Imtiyaz telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan acara Nasyid Pertandingan Ihtifal KAFA Daerah Ipoh yang diadakan di Sekolah Rendah Al Ummah. 

Jeelul Imtiyaz tewas tipis dengan perbezaan 3 mata sahaja. Seorang lagi wakil peserta banat Sekolah Rendah Imtiyaz pula berjaya mendapat tempat keeempat dalam acara Bercerita Perempuan.

Tahniah kepada para guru dan ibu bapa yang  terlibat.

LAGI

WAKIL PELAJAR MIM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PING PONG

Wakil pelajar Maahad Imtiyaz telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Kanival Sukan Sekolah Agama Negeri dan Agama Rakyat  Negeri Perak. Tahniah

LAGI

DUA PELAJAR MIM PEROLEH A PENUH SPM 2023

OLEH LATIFAH HASHIM

IPOH, 29 MEI - Siapa sangka kejayaan milik dua pelajar Maahad Imtiyaz, Ulu Kuang Perak . Itulah yang dapat dilihat dengan keputusan cemerlang A penuh yang diperolehi oleh Abdul Aliff dan Fatihahย 

dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Abdul Aliff berkongsi tip yang diamalkannya sepanjang belajar di Maahad Imtiyaz.

Menurutnya kita hendaklah sentiasa kembali kepada Allah atas setiap apa yang kita lakukan sebab ada ayat dalam Al-Quran iaitu surah al-Baqarah yang berbunyi :

"...Dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan".

"Allah jualah yang beri saya semangat, kepandaian dan segala nikmat dan Dia juga berhak menarik balik semua itu, sebagai tanda kita menghargai dan bersyukur,

kita berbuat demikian supaya usaha-usaha yang dilakukan tidak semata-mata kerana materialistik dan individualistik" katanya pada hari ini.

Abdul Aliff yang merupakan pelajar Maahad Imtiyazย sejak Tingkatan 1 juga telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dan bergelar al-Hafiz.

Anak sulung daripada 4 beradik ini bercita-cita untuk menyambung pengajian di bumi Madinah dan kini sedang mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Imtiyaz.

ย 

Sementaraย itu, Fatihah turut berkongsikan amalan yang dilakukannya semasa belajar iaitu fokus dalam kelas, sampai faham topik yang cikgu ajar. Terus tanya guru jika tidak faham.

Anak ketujuh daripada lapan beradik ini juga berpesan banyakkan selawat, jaga hubungan dengan Allah dan jangan tinggal Al-Quran.

"Jaga hubungan dengan manusia, terutamanya ibu ayah dan guru-guru." katanya yang bercita-cita menyambung pengajian dalam bidangย sains sosial atau kewangan.

ย 

Secara keseluruhan Maahad Imtiyaz mencapai peningkatan GPS sebanyak 0.23 berbanding tahun lepas.

ย 

ย 

LAGI

Image News

Image Banner