Pengenalan AIM

Natural Waktu operasi pejabat Akademi Ikatan Muslimin sepanjang cuti persekolahan ialah Isnin - Jumaat dari 8.30 pagi - 12.30 tengah hari. Natural 24 Nov- Temuduga bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Kompleks Maahad Imtiyaz Ulu Kuang. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Info Terkini Maahad Imtiyaz.                Natural Senarai harga buku dan keperluan murid 2019 boleh didapati di pautan Sekolah Rendah Imtiyaz di bawah               

 

 

 

logo-aim-edit2

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN RINGKAS

Melihat kepada perkembangan dan suasana masyarakat di Malaysia , kita dapati secara keseluruhanya terutama anak-anak muda berada di dalam yang cukup membimbangkan. Pelbagai masalah yang melanda  telah dibawa masuk oleh barat ke dalam dada masyarakat hingga menyebabkan hilangnya jati diri sebagai pemuda dan pemudi Islam .begitu juga , sudah hilang di dalam masyarakat nilai-nilai kemasyrakatan yang dibawa oleh ISLAM itu sendiri

Oleh itu Akademi Ikatan Muslimin terpanggil untuk menyahut cabaran ini , dalam mendepani dan menyantuni setiap lapisan masyarakat seperti berikut

Menyebarluaskan pendekatan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di dalam masyarakat melalui pendekatan yang dianjurkan oleh Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Oleh itu AKADEMI IKATAN MUSLIMIN ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pendidikan setiap lapisan masyarakat bermula dengan kanak-kanak ,remaja , belia dan dewasa samada lelaki dan wanita . Mengisi keperluan ilmu dalam fikran dan hati masyarakat dan akhirnya akan menjadikan masyarakat Malaysia beriman , masyarakat yang berilmu seterusnya masyarakat yang mendukung kebaikan dan menolak kejahatan .
Cita-cita kita jelas  iaitu ingin melahirkan seramai mungkin generasi Harapan Ummah . Dengan gandingan tenaga pengalaman orang lama dan semangat orang muda , kita berkayakinan matlamat dan cita-cita MELAHIR GENARASI HARAPAN akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Bagi mencapai cita-cita tersebut, kita berharap bukan sahaja kumpulan tertentu sahaja yang berusaha dan menjayakan projek besar ini, tetapi dibantu oleh seluruh masyarakat di dalam semua aspek , samada kewangan,tenaga , pemikiran dan sokongan padu . Sumbangan dari individu dan masyarakat yang faham tentang tanggungjawab sosial dan kesedaran perlunya usaha ke arah pengislahan di dalam masyarakat dalam pelbagai lapisan akan menjadikan bangsa dan negara kita  dirahmati dan diberkati oleh Allah

 

FALSAFAH

 

 VISI

“MEMBANGUN KEKUATAN TAMADDUN ISLAM DI MALAYSIA  BERASASKAN

PENDIDIKAN BERSEPADU UNTUK KEJAYAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI “

 

MISI

Menjadikan Akademi Ikatan Muslimin sebagai pusat yang disegani dalam

mendidik  dan membimbing  pelbagai lapisan masyarakat hingga lahirnya

masyarakat yang berperanan sebagai khalifah Allah di bumi ini.

 

MOTO

MEMBINA GENERASI HARAPAN

 

OBJEKTIF   

Membina , mendidik dan membimbing setiap lapisan mesyarakat untuk mencapai matlamat melahirkan masyrakat beriman dan cemerlang
Melahirkan setiap lapisan masyarakat mempunyai  berpengetahuan luas dalam bidang agama yang dicintai
Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
Memantapkan jatidiri masyarakat  bagi menghadapi cabaran globalisasi
Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.