Pengenalan MIM

Natural 15 Feb 2019 - Qiamullail Tahap 2 - Surau AIM                Natural 12 Feb 2019 - Kelas Kecemerlangan UPKK & UPSR - Bermula                Natural 20 Feb 2019 - Latihan Kebakaran                Natural 25 Feb hingga 28 Feb - Latihan Sukan Tahunan
Melihat kepada perkembangan dan suasana masyarakat di Malaysia, kita dapati secara keseluruhanya terutama anak-anak muda berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Pelbagai masalah yang melanda dibawa masuk oleh barat ke dalam dada masyarakat hingga menyebabkan hilangnya jati diri sebagai seorang pemuda dan pemudi Islam.

Oleh itu Mahaad Imtiyaz ditubuhkan bagi memenuhi beberapa harapan  :

  1. Menyebarluaskan pendekatan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di dalam masyarakat melalui pendekatan yang dianjurkan oleh Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Memenuhi kehendak pendidikan setiap remaja  samada lelaki dan wanita. Menghafal Al-Quran dan menghayatinya diharap  dapat melahirkan pemuda dan pemudi yang akan berjaya mendepani cabaran yang mendatang.
  2. Cita-cita kita jelas iaitu ingin melahirkan seramai mungkin generasi Harapan Ummah dan genarasi Huffaz Ummah. Dengan gandingan tenaga pengalaman orang lama dan semangat orang muda, kita berkeyakinan, matlamat dan cita-cita MELAHIR GENARASI HARAPAN  yang menghafal Al-Quran akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
  3. Bagi mencapai cita-cita Melahir GENERASI HUFFAZ HARAPAN kita berharap bukan sahaja kumpulan tertentu sahaja yang berusaha dan menjayakan projek besar ini, tetapi dibantu oleh seluruh masyarakat di dalam semua aspek, samada kewangan, tenaga, pemikiran dan sokongan padu. Sumbangan daripada individu dan masyarakat yang faham tentang tanggungjawab sosial dan kesedaran perlunya usaha ke arah pengislahan di dalam masyarakat dalam pelbagai lapisan akan menjadikan bangsa dan negara kita  dirahmati dan diberkati oleh Allah.