Pengenalan SRIM

Natural 15 Feb 2019 - Qiamullail Tahap 2 - Surau AIM                Natural 12 Feb 2019 - Kelas Kecemerlangan UPKK & UPSR - Bermula                Natural 20 Feb 2019 - Latihan Kebakaran                Natural 25 Feb hingga 28 Feb - Latihan Sukan Tahunan
Sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) adalah sebuah sekolah Rendah Islam yang menggabungkan bidang pengajian Islam dan Akademik . Didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SRAR/IP.147/13

Warna Putih

Warna latar belakang putih menunujukan kesucian akhlak setiap anak-anak SRIM dan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan

Warna Hijau

Melambangkan Agama Islam dan melatih anak didik SRIM untuk menjadikan ”Islam sebagai cara hidup“

Kubah Kuning

Melambangkan penekanan mengenai ilmu-ilmu ukhrawi dan duniawi

Kitab

Memberi maksud ilmu pengetahuan berteraskan Al-Quran dan Hadis di dalam sistem pendidikan SRIM

Ilmu, Iman & Amal

Ilmu perlu diserta atau seirang dengan iman dan Amal di dalam kehidupan

Falsafah Sekolah

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan yang seimbang di segi Aqal , Rohani , emosi dan jasmani serta mempunyai jati diri yang utuh untuk agama , bangsa , negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang ,bersepadu menyeluruh dan berterusan

Visi Sekolah

Menjadikan institusi untuk membentuk generasi Harapan Ummah

Misi Sekolah

Membina system pendidikan Islam Holistik untuk melahirkan insan Rabbani yang berakhlak , berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

Objektif Sekolah

Untuk mencapai visi dan misi tersebut
1. Menanamkan budaya kerja cemerlang , berkesan dan bijaksana
2. Membina budaya cemerlang kepada semua kakitangan dan pelajar
3. Membina Pelajar yang holistic merangkumi pembinaan Aqli , Ruhi ,Emosi dan Jasadi melalui aktiviti kurikulum dan Kokurikulum
4. Tarbiyyah Islamiyyah menjadi tonggak utama dalam pembinaan bina insan