Pengenalan Tadika

Natural Waktu operasi pejabat Akademi Ikatan Muslimin sepanjang cuti persekolahan ialah Isnin - Jumaat dari 8.30 pagi - 12.30 tengah hari. Natural 24 Nov- Temuduga bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Kompleks Maahad Imtiyaz Ulu Kuang. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Info Terkini Maahad Imtiyaz.                Natural Senarai harga buku dan keperluan murid 2019 boleh didapati di pautan Sekolah Rendah Imtiyaz di bawah               

tadika

 

 

 

Penubuhan Tadika Imtiyaz adalah berpaksikan kepada usaha bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun secara holistik dan seimbang dari aspek penguasaan 3M (membaca , menulis dan mengira ) , jasmani , emosi , perhubungan sosial serta keseimbangan perkembangan kanak-kanak dari sudut kefahaman asas agama Islam .

Pendekatan pembelajaran Imtiyaz akan disokong oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman bersama aktiviti yang menyeronokan , kreatif serta dapat membina keyakinan kendiri sebagai satu persediaan untuk hidup dalam persekitaran , dapat menangani cabaran dan sedia untuk berada di alam sekolah rendah

 

MOTO 

“MEMBINA GENERASI IMTIYAZ ” 

OBJEKTIF 

  1. Menguasai sukatan pembelajaran seperti mana yang ditetapkan
  2. Menguasai Kemahiran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan bahasa Arab
  3. Menyerap dan beramal dengan cara hidup Islam
  4. Kesantunan di dalam kehidupan dan beramal dengan adab-adab Islam
  5. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  6. kebolehan berkerja secara kendiri dan berkumpulan